Hari ni saya nak post tajuk random sket. Pasal fesyen muslimah masakini. Dulu masa saya bekerja memang hari2 runsing nak pakai baju ape ke pejabat. Mengenakan fesyen Muslimah tidak bermaksud kita tidak boleh tampil bergaya terutama sekali bagi wanita yang bekerjaya. Jika dahulu pilihan yang saya / anda ada adalah koleksi baju kurung untuk ke pejabat, mungkin kini kita boleh perbaiki citarasa dalam berfesyen dan tampil bergaya di tempat kerja walaupun kita bertudung.
Meh saya share beberapa idea modern Muslimah style yang boleh kita jadikan inspirasi untuk ke tempat kerja;
Kombinasi pakaian yang paling selamat dipakai oleh semua wanita baik yang bertudung mahupun tidak adalah koleksi dress pants, kemeja dan blazer sebagai outerwear. Ini merupakan jenis pemilihan pakaian formal yang paling basic dan sesuai dipakai ke pejabat.
Untuk anda yang berani tampil sedikit berlainan di tempat kerja pula boleh menggayakan koleksi culottes dan dipadankan dengan blouse berlengan panjang seperti berikut. Rekaan culottes yang loose menjadikan penampilan kelihatan sungguh sopan.
Apa alternatif yang boleh digayakan oleh wanita bertudung ke pejabat selain daripada memakai seluar? Jawapan adalah koleksi maxi skirts. Kita boleh memadankan koleksi skirts ini bersama dengan kemeja atau blouse berlengan panjang. Jgn lupa juga pemilihan warna yg sesuai perlu diambilkira jugak ye. Jgn main redah je pakai color blocking ke pejabat. Nanti ada yg pengsan plak tgk kita kat ofis. Hehehe
Dan stail yang terakhir adalah dengan menggayakan koleksi maxi dress atau dress Muslimah yang seperti berikut. Untuk koleksi dress seperti ini, kita juga boleh memakai outerwear seperti blazer sebagai pelengkap gaya. Kepada anda yg selesa pakai jubah, maxi dress ni blh jadi pakaian ala jubah tp dengan style yg lebih moden.
So tepuk dada tanyalah selera ye. Yang penting aurat kena jaga xkisahla baju apa pun kite pakai.
Thank you for reading my entry!
Have a nice day u olsss!
-xoxo-
0 comments:
Post a Comment